Saturday, 12 November 2011

Bahaya dengar music sewaktu tidur

Bahaya dengar music sewaktu tidur ?? But how come ?? . Berdasarkan tajuk aku kat atas , macam pelik je bila dengar music tu bahaya sewaktu tidur , aku kadang-kadang pom suka letak earphone and dengar lagu time tido , yela , just for fun , sambil dengar lagu bole tido dengan feeling. Oke , tak nak bebel panjang . For more information korang bacalah note kat bawah.

Kebiasaannya tidur sambil dengar music, menonton televisyen sambil tertidur, atau membiarkan lampu menyala terang, memang sukar untuk di halang dan menurut sebahagian orang keadaan seperti itu membuat mereka menjadi lebih cepat tertidur .


Kalau korang nak tahu realitinya setelah bangun dari tidur korang akan rasa lebih tegang dan stress. Bahkan ada yang merasa seperti tidak tidur semalaman . Senang kata tidur tak puas la .

Ketahui lagi apa yang terfakta sewaktu kita tidur

Fakta : Sewaktu kita tidur sebenarnya kalau korang nak tahu otak tidak pernah tidur. Otak selalu menjalankan aktivitinya walaupun tidak sesibuk seperti waktu kita berjaga, iaitu menjalankan sistem metabolisme tubuh .

Pada malam hari, seriring menurunnya aktiviti tubuh, rentak gelombang otak pun mengalami penurunan.

Namun apabila kita tidur sambil dengar music, television dalam keadaan hidup atau lampu sedang menyala terang, maka gelombang suara atau cahaya yang dipancar oleh peralatan tersebut tetap diterima oleh pancaindera pendengaran dan penglihatan kita.

Gelombang suara diterima oleh alat pendengaran di dalam telinga dan gelombang cahaya tetap dapat menembusi kelopak mata dan diterima oleh retina dan lensa mata.

Gelombang-gelombang tersebut akan terus ke otak kita. Otak yang seharusnya berehat kembali teransang untuk bekerja dan mengubah informasi yang masuk.

Apabila hal ini berlangsung sepanjang malam, bermakna kita hanya tidur menurut tubuh luar, tetapi tidak menurut otak.

Otak akan terus bekerja mengolah informasi yang masuk. Jadi jangan biarkan otak anda keletihan kerana harus bekerja pada malam hari, sedangkan di siang hari otak juga akan digunakan sepenuhnya melakukan kerja seharian.

Fakta Semaa : Pengkaji dari Ohio State University mendedahkan bahawa tidur dengan lampu menyala akan  membuat perasaan menjadi resah dan tidak tenang setelah bangun dari tidur.



P/S : Good Night and sweetdream bagi yang nak tidur tuh..Jangan lupa tutup lampu..Elakkan pembaziran dan jimatkan elektrik rumah anda :)


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hehe..yelah..same je kita tp yg pasti baby 2 cute :D

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete